Mahligai Firdaus utamakan pelanggan
Petikan dari suratkhabar SINAR HARIAN sabtu 16 ogos 2008,
SETIAWANGSA - Dua rakan karib, Shahkri Yusof,28 dan Mohd Rizuwan Sahidan,28, kiniĀ boleh berbangga dengan perniagaan yang diusahakan di Setiawangsa.
Sikap memberanikan diri akhirnya berjaya membuka perniagaan Kursus Pra Perkahwinan menerusi syarikat Mahligai Firdaus Enterprise pada Februari 2008 lalu, berikutan permintaan yang memberansangkan.
Menurut Shahkri, matlamat perniagaan itu ialah hendak membantu pasangan mendirikan rumah tangga di samping memberi penerangan mengenai alam rumah tangga yang bakal ditempuhi mereka.
“Antara lain,. kita cuba mengurangkan kes perceraian dan konflik pasangan atau keluarga pada usia muda dengan memberikan kursus serta penerangan lengkap melalui penceramah berpengalaman, katanya”.
Menurutnya, mereka mengunakan konsep ‘Rumah ku Syurga ku’ dengan menyediakan tempat kursus canggih,selesa,persekitaran tenang,bebas daripada kesesakan dan memberi keselesaan pada peserta.
Beliau berkata, lebih menarik ialah syarikat itu menyediakan kemudahan iatu mahligai firdaus dengan menawarkan pinjaman perkahwinan kepada bakal pengantin yang mengalami masalah kewangan.
“Selain berniaga adalah menjadi tanggungjawab sosial syarikat membantu bakal pengantin supaya dapat memcapai impian pada hari perkahwinan mereka,” katanya.
Sep 1st, 2008 at 10:20 am
Askm.
Nak tanya berkenaan waktu kursus pada bulan Ramadan.
Waktu sama seperti biasa atau ade perubahan?
Macam mana nak register online dan hargayang perlu dibayar
untuk mengikuti kursus di Mahligai Firdaus ini?