Mahligai Firdaus utamakan pelanggan

August 21st, 2008

Petikan dari suratkhabar SINAR HARIAN sabtu 16 ogos 2008,

SETIAWANGSA - Dua rakan karib, Shahkri Yusof,28 dan Mohd Rizuwan Sahidan,28, kini  boleh berbangga dengan perniagaan yang diusahakan di Setiawangsa.

     Sikap memberanikan diri akhirnya berjaya membuka perniagaan Kursus Pra Perkahwinan menerusi syarikat Mahligai Firdaus Enterprise pada Februari 2008 lalu, berikutan permintaan yang memberansangkan.

     Menurut Shahkri, matlamat perniagaan itu ialah hendak membantu pasangan mendirikan rumah tangga di samping memberi penerangan mengenai alam rumah tangga yang bakal ditempuhi mereka.

    “Antara lain,. kita cuba mengurangkan kes perceraian dan konflik pasangan atau keluarga pada usia muda dengan memberikan kursus serta penerangan lengkap melalui penceramah berpengalaman, katanya”.

    Menurutnya, mereka mengunakan konsep ‘Rumah ku Syurga ku’ dengan menyediakan tempat kursus canggih,selesa,persekitaran tenang,bebas daripada kesesakan dan memberi keselesaan pada peserta.

    Beliau berkata, lebih menarik ialah syarikat itu menyediakan kemudahan iatu mahligai firdaus dengan menawarkan pinjaman perkahwinan kepada bakal pengantin yang mengalami masalah kewangan.

“Selain berniaga adalah menjadi tanggungjawab sosial syarikat membantu bakal pengantin supaya dapat memcapai impian pada hari perkahwinan mereka,” katanya.

Yang Menarik Di MAHLIGAI FIRDAUS…

August 15th, 2008

slide2.JPG

slide1.JPG

WE ARE NOT THE FIRST, BUT WE ARE THE BEST!!!

August 3rd, 2008

Di sini anda akan dapat jawapannya… Mahligai Firdaus lebih mengutamakan pelangannya yang ingin mendapatkan perkhidmatan kursus pra perkahwinan…

  • KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGANKUTAN PERCUMA DARI LRT PUTRA SETIAWANGSA - TIADA CAJ
  • BORANG UJIAN HIV SERTA SENARAI PANEL KLINIK - BOLEH DI PEROLEHI DI SINI
  • SENARAI JURUNIKAH UNTUK KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
  • KHIDMAT KAUNSELING SELEPAS KURSUS PRA PERKAHWINAN - 24 JAM
  • KAMI JUGAK MENJUAL BARANGAN SOUVENIR YANG TERKINI - PESERTA MAHLIGAI FIRDAUS DI BERIKAN POTONGAN SEHINGA 20% ONE STOP CENTRE !

- Mahu lebih koleksi souvenir perkahwinan anda boleh layari : http://souvenircantik.fotopages.com/

  • SILA HUBUNGI KAMI :
  •  

    013-2298900 & 013-6046333 & 03 42522067

     

    Kawasan sekitar Mahligai Firdaus.. Setiawangsa

    July 20th, 2008

    KURSUS PERKAHWINAN SEPANJANG TAHUN……TEMPAHAN BOLEH DI BUAT DARIPADA SEKARANG!!!!!

    small_300dpi7baru.jpg

    Amat mudah sekiranya peserta ingin mencari Mahligai Firdaus…. Ikut tangga sebelah kiri BSN dan selepas itu jalan terus sampai jumpa MAYBANK…selepas itu belok sebelah kanan dan akan jumpa mahligai Firdaus ( bersebelahan MAYBANK & BSN ) amat mudah kan


    img_0114-bsn.jpg

    img_0111-maybank.jpg

    Read the rest of this entry »

    Menarik di Mahligai Firdaus.. Setiawangsa

    July 20th, 2008

    kami Jugak menyediakan koleksi souvenir yang terkini.. potongan sebanyak 10% akan di berikan kepada anda.. cepat2 jangan lepaskan peluang ini.. Ini adalah sebahagian koleksi yang di jual di sini…nak banyak lagi datang ke Mahligai Firdaus yea!!!Bakul Bunga Besar20080608004.jpg20080608.jpg

    Mahu lebih souvenir layari : “http://souvenircantik.fotopages.com/”>

    Sediakan Hantaran dan Belanja Kahwin Dengan Mudah

    April 9th, 2008

    Perhatian Bakal-Bakal Pengantin !

    Tidak dapat tidak bila hendak mengadakan majlis perkahwinan ramai bakal-bakal pengantin yang tak senang duduk memikirkan;

    1. Duit hantaran

    2. Barang-barang hantaran

    3. Belanja kenduri

    4. Belanja nak hidup selepas kahwin

    5. Hutang-hutang

    6. Lain-lain benda yang kena bayar….pening !!!

    Jadi, sebagai satu cara untuk meringankan beban bakal-bakal pengantin, Mahligai Firdaus (penganjur Kursus Pra-Perkahwinan yg berdaftar dengan JAWI) bersama Urus Insan Sdn Bhd (pakar pengurusan kewangan peribadi) akan menganjurkan “Bengkel Pengurusan Kewangan Perkahwinan” untuk bakal-bakal pengantin.

    Bakal-bakal pengantin janganlah aje ingat pasal belanja untuk kahwin tetapi kena juga ingat belanja hidup selepas majlis perkahwinan nanti.

    Apa yang penting kami akan dedahkan teknik-teknik dan cara-cara yang betul bagaimana nak sediakan dengan mudah;

    1. Hantaran perkahwinan

    2. Rumah sebagai Hantaran Perkahwinan

    3. Kereta sebagai Hantaran Perkahwinan

    4. Membina Harta dan kekayaan Melalui Perkahwinan

    5 dan banyak lagi….

    Semuanya praktikal. Jangan terlambat kerana tempat terhad !

    Hubungi; affendy 0133980200 atau shaq 0132298900

    Akibat Datang Ke Kursus Mahligai Firdaus

    February 26th, 2008

    Senyum bang, senyum…..

    p2180015.JPG

     

    Ni dia akibat datang kursus di Mahligai Firdaus kat Setiawangsa ni pada 22hb Februari lalu. Tak pasal-pasal dapat hadiah. Yang belum ke kursus kami ni bila lagi?

    lokasi Mahligai Firdaus Setiawangsa

    Kursus Kami Bermula

    February 19th, 2008

    Tahniah kepada 36 peserta sulong kami pada 1hb dan 2hb Februari yang lalu. Semuanya berjaya mengharungi 12 jam wajib yang telah ditetapkan oleh pihak Jawi. Takpe, cuma 12 jam je kalau nak dibandingkan dengan hidup baru yang akan dilalui selepas menjadi pengantin baru nanti. Cube tengok peserta-peserta ni, kusyuk semacam je;

    p2020008.JPG

    Sekali lagi kami ucapkan terima kasih. Tanpa anda siapalah kami.

    p.s Tapi kami nak minta tolong pada anda semua; Kalau bagus war-warkanlah pada sedara-mara, kekawan dan kepada bakal-bakal yang nak jadi sedara.

    p.p.s Sila ke laman web utama kami

    Kursus Perkahwinan Untuk Anda di Mahligai Firdaus

    February 18th, 2008

    kursus-perkahwinan-11.JPG

    Selamat datang ke blog MAHLIGAI FIRDAUS. Siapa Kami ?

    Kami menawarkan kursus pra perkahwinan kepada bakal-bakal pengantin sebelum memasuki alam rumah tangga.

    Mengunakan konsep RUMAH KU SYURGA KU, kami telah menyediakan tempat kursus yang paling canggih, selesa, persekitaran yang amat tenang, bebas daripada kesesakan, pasti tidak akan mengecewakan anda semua.

    Untuk kamudahan anda juga, MAHLIGAI FIRDAUS menawarkan pinjaman perkahwinan kepada bakal -bakal pengantin yang mengalami masalah kewangan. Kami amat perihatin dan akan membantu anda semua supaya dapat mencapai impian di hari perkahwinan anda.

    Apa lagi yang kami sediakan untuk anda?

    Kami jugak menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti Catering, PA system, Andaman Pengantin,Pelamin, Gubahan Hantaran dan Mak Andam.

    Lokasi MAHLIGAI FIRDAUS terletak di SETIAWANGSA, berdekatan dengan Giant dan bersebelahan dengan BSN serta MAYBANK. Lokasinya amat mudah untuk di cari kerana anda tidak perlu bersusah payah ke Bandar semata-mata untuk mengambil kursus Pra perkahwinan ini.

    Kursus Pra perkahwinan ini hanya di jalankan pada setiap hari SABTU ( 2.30ptg - 7.30ptg ) dan AHAD ( 8.30 pg - 6.30 ptg ), termasuk makan minum para peserta serta Buku Gerbang Perkahwinan jugak di sediakan kepada anda semua.

    Apa yang penting, anda tidak perlu rasa takut untuk mengikuti Kursus ini kerana di sini TIADA UJIAN dan TEMUDUGA. Tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang Perkahwinan. INSYAALLAH segala masalah yang anda hadapi selama ini akan di selesaikan oleh mereka.

    Tempahan untuk kursus ini boleh di buat secara: Online, Sms , Telefon atau Datang terus ke tempat kami pada hari kursus sebelum pukul 2.30 ptg.

    Untuk Tempahan atau Pertanyaan, sila hubungi:

    019-2060699 ( azidah ) 013-6046333 ( wan ) 013-2298900 ( shaq ) dan 019-6056568 ( fiza )